HomeUtamaPemimpin Rumah Ibadat Perlu Diberi Keutamaan Pemberian Vaksin Bagi Jayakan PICK

Pemimpin Rumah Ibadat Perlu Diberi Keutamaan Pemberian Vaksin Bagi Jayakan PICK

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Semua pemimpin rumah-rumah ibadat di negeri ini termasuk jawatankuasa perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, mereka ini merupakan barisan hadapan yang akan sentiasa menguruskan aktiviti harian di rumah-rumah ibadat pada setiap hari.

“Ini bukan sahaja kepada masjid atau surau, tetapi juga kepada pemimpin rumah ibadat lain seperti gereja dan lain-lain lagi yang perlu diberi keutamaan kerana mereka ini adalah barisan hadapan bagi sebuah rumah ibadat.

“Pada hari ini seramai 59 orang imam sekitar bandar raya Kota Kinabalu telah menerima suntikan vaksin dan ini yang kita inginkan dan kita juga minta agar para imam, guru-guru agama lain juga akan diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan pemberian vaksin kepada 59 imam masjid sekitar Kota Kinabalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita disini pagi tadi.

Mohd Arifin berkata, beliau juga akan mengadakan lawatan ke beberapa daerah lain bagi melihat perkembangan pemberian vaksin kepada imam-imam dan guru agama yang menjadi barisan hadapan dalam pengurusan rumah ibadat termasuk sekolah agama.

“Sehingga kini kita ada 1,072 buah Masjid dan Surau di Sabah manakala hampir lebih 3,000 imam dan guru agama di Sabah termasuk jawatankuasa akan diberi keutamaan untuk diberi vaksin.

“Walaubagaimanapun, mereka juga perlu mencari jalan bagi mendapatkan vaksin kerana kita tidak mahu mereka tertinggal dan meninggalkan tugas yang diamanahkan khususnya dalam pengurusan masjid dan surau,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, pemimpin rumah ibadat diperingkat kampung juga boleh mendaftar secara manual melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung  (JPKK) dan Ketua Kampung.

“Sebagai contoh di kawasan saya iaitu Membakut, setiap hari sebanyak 300 kouta diberikan kepada JPKK dan Ketua Kampung melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) untuk mencari masyarakat di kawasan mereka masing-masing dan dikumpul untuk diberi vaksin,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya