40 Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan CSR

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 40 buah keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru yang berlaku pada 6 Julai lalu mendapat perhatian daripada Sedafiat Sdn Bhd dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang menyampaikan sumbangan bernilai RM4,000.

Sumbangan yang disampaikan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah jalinan kerjasama antara Sedafiat Sdn Bhd bersama PBNS.

Majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa terlibat disampaikan Ketua Jabatan Perancangan dan Analisis Operasi (OPAD) Sedafiat Sdn Bhd Nursiddiq Chin Abdullah dan  turut disaksikan Timbalan Pengurus Besar PBNS Awang Faisal Awang Rahim.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee.

Nursiddiq berkata, pihaknya bersama PBNS sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa terlibat.

“Program CSR ini juga bakal menjadi galakan kepada syarikat lain untuk turut sama menjalinkan program CSR bersama PBNS,” katanya.

Sementara itu, Mohd Reduan berkata, sumbangan ini adalah tanda keprihatinan Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS terhadap nasib mangsa kebakaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *