HomeIsu tempatanProgram ziarah dekatkan pemimpin dengan rakyat - Abu Bakar

Program ziarah dekatkan pemimpin dengan rakyat – Abu Bakar

Read Time:1 Minute, 8 Second

KINABATANGAN: Satu program ziarah diadakan untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag di sini.

Program tersebut diketuai oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin, telah menziarahi beberapa buah kampung di kawasan tersebut mengikut norma baharu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Abu Bakar program ziarah merupakan program bulanan UPPM bersama masyarakat setempat untuk menziarahi bukan sahaja mereka yang terkesan dengan penularan Pandemik COVID-19 tapi berkongsi masalah mereka yang dilanda musibah seperti kematian dan yang mengalami keuzuran.

Abu Bakar sempat menziarah ketua kampung Denau Ria Maarof Suliman yang kurang sihat dan ke Kampung Bilit bagi menziarahi keluarga Allahyarham Rusinah Sugarah yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut Abu Bakar program turun padang ini selain bertanyakan khabar, UPPM Lamag juga turut menyampaikan sumbangan dari Bung berupa kewangan dan keperluan barang makanan.

Tambah Abu Bakar melalui program ini juga beliau turut memberikan penerangan tentang kebaikan vaksin kepada penduduk kampung supaya mendaftar dan menerima vaksin.

“Kita faham ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ekoran penularan COVID-19 memang memberikan kesan yang mendalam kepada mereka, justeru melalui program ini kita dapat mengesan mereka yang tercicir dari menerima bantuan,” tambah Abu Bakar.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ketua daerah Kinabatangan Jibra Jahaya, Ketua- Ketua Daerah dan juga kakitangan dari UPPM Lamag.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular