HomeUtamaCOVID-19 : Dua Kluster Cetus Peningkatan Jumlah Kes Di Sabah Hari Ini

COVID-19 : Dua Kluster Cetus Peningkatan Jumlah Kes Di Sabah Hari Ini

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 sebanyak 323 kes hari ini berbanding 279 kes semalam dengan jumlah peningkatan sebanyak 44 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan jumlah kes di beberapa buah daerah di negeri ini berpunca daripada saringan kluster selain saringan bersasar di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pada hari ini daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah sebanyak 78 kes dimana sebanyak 37 kes adalah berpunca dari Kluster Agora Borneo.

“Bagi daerah Pitas pula, sebanyak 52 kes dicatatkan dimana 49 daripadanya adalah berpunca dari Kluster Tanjung Pitas yang disyaki berpunca dari aktiviti majlis pengebumian di kampung Naruntung turut menjadi penyumbang besar kepada jumlah kes di daerah ini,” katanya.

Masidi berkata, kluster itu juga mengakibatkan penularan virus lebih banyak kepada orang ramai termasuk ahli keluarga daripada daerah lain yang menghadiri kenduri 20 hari kematian.

Katanya, pada ketika ini kedua-dua lokaliti (Kluster Agora Borneo dan Kluster Tanjung Pitas) telah diletakkan dibawah perintah PKPD.

“Saringan kesihatan khususnya saringan bersasar di semua kawasan PKPD akan mengakibatkan kenaikan jumlah kes positif bagi Sabah dalam masa terdekat.

“Tetapi strategi ini akan membolehkan kita mengenalpasti dan mengurus punca jangkitan (root of the intection). Strategi saringan kesihatan yang lebih luas juga merupakan sebahagian strategi serampang dua mata,” katanya.

Katanya, ia termasuklah melaksanakan vaksinasi secara besar-besaran kepada semua penduduk di Sabah sepanjang Julai dan Ogos depan.

“Selain Kota Kinabalu dan Pitas, beberapa daerah lain turut mencatatkan jumlah kes iaitu Kudat (36 kes); Beaufort (27 kes); Papar (23 kes); Penampang (18 kes); Putatan (18 kes); Sandakan (16 kes);  Tawau (13 kes) ; Tuaran (7 kes); Keningau (6 kes) dan Kota Belud (6 kes).

“Kota Belud (6 Kes); Lahad Datu (5 kes); Kunak (4 kes); Kinabatangan (4 kes); Nabawan (4 kes); Semporna  (3kes); Kuala Penyu (2 kes) dan Kota Marudu (1 kes),” katanya.

Sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Kalabakan, Telupid, Beluran, Tongod, Sipitang, Tambunan, Ranau dan Tenom.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya