HomeUtamaKerajaan Sabah kekal benarkan Dine-in dalam restoran - Hajiji

Kerajaan Sabah kekal benarkan Dine-in dalam restoran – Hajiji

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata dalam kenyataan media hari ini, arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa, “Ini pendirian kita,” kata Hajiji.

Berikutan beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua bagi negeri Sabah yang bermula hari ini khususnya yang melibatkan aktiviti ekonomi menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Namun SOP yang dikeluarkan khususnya operasi melibatkan restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan, atau kiosk dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 9 malam.

Meskipun dibenarkan beroperasi, SOP berkenaan menyatakan hanya secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’ dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kota Kinabalu; Keningau; Sandakan dan beberapa daerah lain telah membenarkan ‘Dine-In’ berdasarkan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular