HomeUtamaPeralihan Fasa PPN Berdasarkan Data, Mula Tunjuk Hasil Positif - Ronald Kiandee

Peralihan Fasa PPN Berdasarkan Data, Mula Tunjuk Hasil Positif – Ronald Kiandee

Read Time:2 Minute, 35 Second

BELURAN : Langkah dan usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk beralih ke fasa-fasa seterusnya secara teratur dan berperingkat adalah berdasarkan data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah yang menunjukkan hasil positif itu telah membawa sebanyak tujuh buah negeri beralih ke PPN Fasa Kedua termasuk Sabah yang bermula kelmarin.

“Selain itu, kerajaan turut melaksanakan langkah bersasar apabila melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri termasuk Selangor yang mencatatkan bilangan kes harian tinggi, kita berharap ia dapat dikurangkan.

“Negara juga telah memenuhi niai ambang pertama PPN dimana sebanyak 10 peratus penduduk di Malaysia sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 malah kadar pemberian vaksin juga berjaya mencatatkan lebih 300,000 suntikan melangkaui sasaran awal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kit tanaman lada bara dan halia organik kepada belia Beluran sempena lawatan erja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran disini kelmarin.

Ronald berkata, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi juga telah dicatatkan kelmarin dengan 376,909 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara.

Katanya, pada penghujung Ogos, Malaysia dijangka akan mencapai 30 ke 40 peratus populasi negara sudah lengkap menerima vaksin dan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini sepertimana yang digariskan dibawah PPN akan dapat dicapai.

“Usaha kerajaan bagi menangani kemelut pandemik COVID-19 perlu dinilai secara holistik dan menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan, kesihatan, kebajikan dan ekonomi yang sedang ditangani oleh kerajaan bersama-sama dengan barisan hadapan dan pihak bertanggungjawab yang lain,”katanya.

Sementara itu, Ronald berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan turut melaksanakan lapan program bantuan dan pakej ransangan ekonomi dengan nilai keseluruhan berjumlah RM530 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM81.8 billion.

Katanya, bantuan itu adalah bagi meneruskan agenda membantu rakyat dan menyokong perniagaan meskipun ruang fiskal kerajaan adalah amat terhad dan selain itu sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021.

“Pelbagai bantuan-bantuan bersasar di bawah pakej-pakej ini juga telah membantu pengusaha sektor agromakanan yang terkesan terutamanya mereka yang mengusahakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk kembali pulih dan meneruskan kelangsungan perusahaan masing-masing.

“Pihak kementerian juga akan terus memastikan setiap inisiatif di bawah pakej ekonomi untuk agromakanan sampai kepada golongan sasar dalam memastikan kelangsungan setiap peringkat rantaian makanan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, Program Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank juga sedang giat dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan skim ini adalah sebanyak RM850 juta.

Katanya, jumlah itu merangkumi peruntukkan sebanyak RM350 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan RM500 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Usahawan mikro dan komuniti B40 dalam sektor pertanian dan industri makanan yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dan PKP digalakkan untuk memohon kemudahan pembiayaan yang disediakan Kerajaan di bawah Agrobank.

“Pada masa yang sama, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 28 Jun lalu, Agrobank komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan, khususnya pelanggan bagi kategori yang berkaitan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran semula pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular