Kaamatan Tanpa Sempadan 2021 Raih Lebih 9 Juta Tontonan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Kaamatan Tanpa Sempadan 2021 yang diadakan pada Mei lalu berjaya merekodkan angka tontonan lebih sembilan juta penonton di 40 buah negara dengan pelbagai program yang disajikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, jumlah ‘likes’ yang diperolehi di laman sosial rasmi ‘Kaamatan TV’ turut menunjukkan minat besar penontin terhadap acara kebudayaan itu.

“Saya percaya, kita perlu mendukung segala usaha yang dijayakan bagi memeriahkan suatu perayaan kebudayaan, sebagai contoh Pesta Kaamatan.  Kita juga perlu memastikan bahawa budaya kita bertahan dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang dituntut masyarakat kita sendiri.

“Ini termasuklah penggunaan teknologi digital bagi memastikan semua orang dapat menyertai perayaan tersebut sambil mempromosikan budaya dan adat kita ke seluruh dunia, “ katanya selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah ‘Top Influencer’ dan ‘Content Creator’ 2021 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kaamatan Peringkat Negeri tahun ini berkata, pihaknya menanti sambutan Kaamatan pada tahun depan dan berharap ia mampu menyaingi Pesta Kaamatan pada tahun ini.

Dalam pada itu, Jeffrey ketika mengulas mengenai ‘Top Influencer’ dan ‘Content Creator’, beliau gembira kerana pemenang utama bukan daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan ia menunjukkan bahawa pertandingan ini mampu menarik minat dan perhatian dari semua kaum di Sabah.

“Ini juga menunjukkan bahawa Kaamatan terbuka untuk semua rakyat Sabah, tanpa mengira bangsa atau etnik. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Kaamatan hanya untuk KDM, tetapi ini tidak benar sama sekali, ”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *