HomeUtamaKerajaan PN Masih Kukuh, Ahli BERSATU Beaufort Perlu Kuatkan Jentera Hadapi PRU...

Kerajaan PN Masih Kukuh, Ahli BERSATU Beaufort Perlu Kuatkan Jentera Hadapi PRU – Lajim Ukin

Read Time:1 Minute, 15 Second

BEAUFORT : Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) khususnya di Bahagian Beaufort tidak perlu bimbang dengan situasi semasa politik yang berlaku di negara ini khususnya di peringkat persekutuan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kukuh dengan sokongan semua ahli parlimen PN; UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Beberapa hari lalu saya berpeluang untuk menghubungi pemimpin tertinggi BERSATU dan saya telah diberi penjelasan bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU terus kekal mentadbir kerajaan dengan sokongan semua ahli parlimen PN;UMNO dan BN.

“Justeru itu, saya berharap agar kita semua khususnya di Bahagian Beaufort untuk terus bertenang dan mendoakan agar beliau (Perdana Menteri) tabah dan dipermudahkan tugasan dalam mentadbir negara,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Lajim yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Beaufort berkata, ahli BERSATU juga diminta untuk tidak terikut dengan cara pihak pembangkang yang terus memperlekeh kepimpinan parti dan kerajaan PN.

“Kita perlu terus bersatu dan kuatkan saf kepimpinan di Bahagian Beaufort bersama Ketua Bahagian Datuk Isnin Aliasnih untuk mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang.

“Berkemungkinan juga PRU tidak berapa lama lagi sebagai mana yang dijanjikan Presiden dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.  Kita perlu membawa kemenangan kepada kawasan khususnya di Parlimen Beaufort,”katanya.

Katanya, dengan kemenangan di Parlimen Beaufort akan dapat membawa lebih banyak pembangunan termasuk menyelesaikan masalah-masalah yang masih berlarutan seperti air, bekalan letrik, ekonomi dan peluang pekerjaan termasuk pembangunan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya