HomeUtamaCOVID-19: 4 Kluster Baharu Berpunca Dari Tempat Kerja

COVID-19: 4 Kluster Baharu Berpunca Dari Tempat Kerja

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kesemua empat Kluster baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah hari ini berpunca dari tempat kerja iaitu melibatkan Kluster KKIP Empat Timur, Kota Kinabalu, Kluster Grandview, Sandakan, Kluster Balak Penangah, Tongod dan Kluster Jalan Membalua, Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini berkata, Kluster KKIP Empat Timur, Kota Kinabalu merupakan penularan jangkitan yang berlaku di dua kilang papan iaitu di Jalan Tuaran, Telipok dan KKIP Industrial Zone dengan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes direkodkan hari ini.

Manakala, Kluster Grandview, Sandakan, Putatan, Penampang merupakan kluster tempat kerja di sebuah syarikat kontraktor pembinaan di daerah Sandakan dengan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 15 kes.

Sementara Kluster Balak Penangah, Tongod melibatkan jangkitan dalam kalangan pekerja kilang pemprosesan kayu balak di Mukim Penangah daerah Tongod.

“Kes indeks adalah lelaki, 47, pemandu jentera berat di syarikat terbabit. Kes relay dimasukkan ke Hospital Keningau pada 06 Julai 2021 kerana positif Malaria (PK) dan telah disahkan positif COVID-19 pada hari yang sama setelah menjalini saringan pra- kemasukan wad, saringan kontak seterusnya mendapati 25 orang positif COVID-19 di tempat kerja,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Seterusnya Kluster Jalan Membalua, Tawau berlaku dalam komuniti di Mukim Balung,
Daerah Tawau melibatkan kes indeks merupakan lelaki, 24, bukan warganegara disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di Klinik Mayfair Tawau pada Julai 2021.

Kata Masidi, kes indeks bekerja sebagai buruh kasar di ladang pemprosesan ayam dekat Jalan Membalua, hasil saringan dan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 13 kes.

Dalam perkembangan lain, terdapat lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula Isnin 12 Julai hingga 25 Julai 2021 di QL Farm Membalua,Tawau, Kampung Pikat Bongawan, Papar, Tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya