HomeUtamaCOVID-19 : Saringan Bersasar & Kluster Penyumbang Utama Kes Di Sabah

COVID-19 : Saringan Bersasar & Kluster Penyumbang Utama Kes Di Sabah

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Saringan bersasar dan saringan kluster yang dilaksanakan di beberapa kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan beberapa kluster menjadi menyumbang utama kepada peningkatan kes baharu COVID-19 di Sabah setiap hari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun dilihat meningkat namun pada hari ini terdapat penurunan kes sebanyak 72 kes iaitu daripada 323 kes semalam kepada 251 kes hari ini.

“Bilangan kes positif COVID-19 pada hari ini diperolehi melalui beberapa saringan iaitu saringan bersasar sebanyak 77 kes; saringan kluster (76 kes) dan saringan kontak rapat (55 kes).

“Selain itu, saringan bergejala turut merekodkan kes sebanyak 37 kes dan saringan lain-lain kes sebanyak 6 kes,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes positif yang tinggi di Sabah iaitu sebanyak 82 kes dengan pecahan 36 kes berpunca dari saringan kluster dan 22 kes dari saringan bersasar.

Katanya, selain itu, 18 kes dari saringan kontak rapat; lima kes dari saringan bergejala dan satu kes dari lain-lain saringan turut menjadi punca kepada kes di daerah berkenaan.

“36 kes kluster yang direkodkan adalah daripada saringan yang dilakukan ke atas enam kluster iait Kluster Agora Borneo (23 kes); Kluster KKIP Empat Timur (9 Kes) manakala Kluster Lorong Berjaya; Kluster Bahtera Barat; Kluster Tembok Kota Kinabalu dan Kluster Kayu Madang masing-masing satu kes.

“Bagi saringan bersasar di Kota Kinabalu, sebanyak 22 kes saringan bersasar direkodkan adalah dari lokaliti dikenakan PKPD iaitu Taman Jaya Diri Manggatal (16 kes) dan Kampung Pondo Pulau Gaya (6 kes),”katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kerajaan negeri telah memberi kelulusan ‘Dine-in’ di semua restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel pada 29 Jun lalu.

Katanya, ia sesuai dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada hari ini bahawa kebenaran untuk Dine-Intersebut masih lagi berkuatkuasa.

“Selain daripada prosedur standard operasi (SOP) yang wajib dipatuhi di semua premis restoran, hidangan buffet (layan diri) adalah tidak dibenarkan bagi mengawal pergerakan tidak perlu oleh pelanggan-pelanggan semasa berada dalam restoran.

“Hidangan yang dipesan hendaklah dihantar dan dihidang oleh kakitangan restoran di meja pelanggan. Peraturan ini diguna pakai di semua restoran termasuk restoran dalam hotel,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya