HomeUtamaIsteri Ketua Menteri sokong kempen Jom Derma Darah Tuaran

Isteri Ketua Menteri sokong kempen Jom Derma Darah Tuaran

Read Time:1 Minute, 23 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag hadir untuk memberi sokongan kepada penderma darah yang menjayakan kempen Jom Derma Darah di Hospital Tuaran, di sini hari ini.

Jom Derma Darah itu adalah anjuran bersama Persatuan Tzu Chi, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Tuaran dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Beliau berasa gembira melihat sambutan menggalakkan daripada penderma yang membantu pelaksanaan jom derma darah itu.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS berharap lebih banyak program seperti itu dianjurkan pada masa akan datang di daerah ini, bagi membantu keperluan bekalan darah di Tabung Darah Hopital Tuaran.

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan daripada MUTIARA GRS kepada penderma darah yang hadir sempena kempen berkenaan.

Sementara itu Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G Mohan Gopal Naidoo berkata program itu menyasarkan sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pain darah menerusi kempen kali ini.

“Sambutan amat menggalakkan dan kebanyakan yang datang ini adalah penderma biasa. Kita menyasarkan antara 50 hingga 100 pain darah dapat dikumpul hari ini.

“Kempen anjuran badan bukan kerajaan (NGO) ini termasuk MUTIARA GRS diharap dapat membantu bank darah di hospital ini terutama untuk keperluan pesakit talasemia,” katanya sambil menambah lebih 50 orang dijangka hadir menderma darah menerusi kempen ini.

Beliau berkata kempen derma darah kerap dianjurkan oleh pihak hospital, sekurang-
kurangnya tiga kali sebulan.

Turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, isteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datin Malianah Ugau dan isteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi serta isteri ADUN Kiulu, Datin Lucy Irene Yong.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular