PICK : HWKKS Laksana Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Ibu Selepas Bersalin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) menjadi hospital pertama melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19 bagi ibu selepas bersalin (postnatal).

Pengarahnya, Dr Marcus Netto berkata, program itu akan diteruskan dengan lebih ramai lagi penyertaan daripada para ibu selepas bersalin dan sedang menyusukan bayi. 

“Melalui program ini, kita dapat menggalakkan golongan ibu postnatal, ibu mengandung dan yang menyusukan bayi untuk mendapatkan vaksin.

“Dengan memastikan golongan ibu menerima suntikan vaksin sebelum meninggalkan hospital, daya tahan tubuh dapat dibina bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Program suntikan vaksin yang dilakukan secara mobilisasi di wad juga memudahkan agar para ibu yang baru melahirkan tidak perlu ke pusat pemberian vaksin kerana mereka juga merupakan golongan berisiko tinggi,” katanya ketika ditemui media di sini, baru-baru ini. 

Pada hari pertama pelaksanaan program itu, seramai 13 orang ibu postnatal menerima suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan oleh Penyelia Jururawat, Sr Mariah Ayong.

Hadir sama, Ketua Jabatan O&G Hospital, Datuk Dr Soon Ruey, Ketua Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) HWKKS, Dr Christine Lu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *