HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat Kes Pulih Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu, Rekod...

COVID-19 : Sabah Catat Kes Pulih Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu, Rekod 2 Kematian

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan kes pulih sepenuhnya lebih tinggi berbanding kes baharu COVID-19 sebanyak 307 orang selain merekodkan dua kes kematian membabitkan daerah Lahad Datu dan Papar.

Meskipun kes pulih mencatatkan jumlah yang tinggi namun jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini turut merekodkan peningkatan iaitu sebanyak 298 kes berbanding 271 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dari jumlah kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 115 kes adalah berpunca daripada saringan kontak rapat; 94 kes adalah saringan kluster dan 26 kes daripada saringan bergejala.

Katanya, selain itu, saringan bersasar sebanyak 43 kes dan saringan lain-lain kes sebanyak 20 kes turut menjadi punca kepada bilangan kes COVID-19 hari ini.

“Antara penyumbang kepada catatan kes di Sabah pada hari ini ialah saringan kluster sedia ada yang telah merekodkan sebanyak 94 kes iaitu 31.5 % dari kumulatif kes harian.

“Pecahan kes kluster iatu membabitkan Kluster Kayu Patikang (37 kes), Kluster Serudung Baru (21 kes), Kluster Siasai Dundau (11 kes), Kluster KKIP Empat Timur (11 kes), Kluster Tanjung Pitas (7 kes), Kluster Lumadan (5 kes), Kluster Bahtera Barat (1 kes) dan Kluster Limbawang (1 kes).

“Selain itu, jumlah catatan kes positif pada hari ini juga dipengaruhi oleh angka yang berpunca dari saringan kontak papat sebanyak 115 kes atau 38.5 % daripada kumulatif kes harian di Sabah,” katanya.

Katanya, saringan kluster dan saringan kontak rapat menyumbang kepada 70% daripada kumulatif harian kes yang dicatatkan pada hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular