HomeUtamaOperasi Kedai Makan Sehingga 9 Malam, DBKK Benarkan 2 Taman Awam Beroperasi...

Operasi Kedai Makan Sehingga 9 Malam, DBKK Benarkan 2 Taman Awam Beroperasi Esok

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Operasi restoran dan kedai makan termasuk di hotel di sekitar Kota Kinabalu dibenarkan untuk meneruskan aktiviti makan di premis (dine-in) selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sabah yang baharu bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua yang bermula Sabtu lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi kenyataan di laman sosial rasmi DBKK menyatakan waktu operasi restoran dan kedai makan adalah bermula jam 6 pagi sehingga 9 malam.

Bagi operasi kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya mini dan pasaraya serta operasi Kompleks Membeli Belah meliputi seksyen makanan; minuman; keperluan asas; kedai farmasi dan perniagaan yang dibenarkan sahaja turut dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Kenyataan itu turut menyatakan stesen mintak termasuk kedai serbaneka di stesen minyak akan mula beroperasi bermula jam 5 pagi sehingga 10 malam.

Sementara itu, DBKK turut membenarkan taman awam beroperasi bermula esok (13 Julai) dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Taman awam yang dibenarkan beroperasi adalah Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang manakala had kemasukan adalah seramai 50 orang bagi setiap dua jam.

Antara aktiviti yang dibenarkan adalah jogging; Tai Chi; Yoga; Senamrobik (Tidak melebihi 10 orang dalam satu masa).

Selain itu taman yang dikendalikan swasta seperti Perdana Park Tanjung Aru adalah tertakluk kepada pengurusan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular