HomeUtamaProgram 'Hijrah Food To Care' Bantu Masyarakat Memerlukan Di Seluruh Sabah

Program ‘Hijrah Food To Care’ Bantu Masyarakat Memerlukan Di Seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Program ‘Hijrah Food To Care’ akan dilancarkan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu turut akan membantu masyarakat yang benar-benar terkesan ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara khususnya di negeri ini.

“Sambutan Maal Hijrah akan disambut seperti tahun-tahun sebelum ini namun kali ini pendekatan kita berbeza dimana diperingkat daerah kita akan adakan majlis doa akhir dan awal tahun hijrah kemudian solat, tahlil dan doa selamat.

“Selain itu kita akan menganjurkan program jejak hijrah yang mana pengisiannya lebih kepada membantu masyarakat di daerah masing-masing termasuk mengadakan program ‘Hijrah Food To Care’  untuk diagihkan bakul makanan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah secara maya di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) baru- baru ini.

Mohd Arifin berkata, jawatankuasa sambutan turut memutuskan sebahagian besar daripada peruntukan akan diagihkan kepada golongan memerlukan menerusi agihan bakul makanan yang dilaksanakan melalui program ‘Hijrah Food To Care’.

“Program ini akan dilaksanakan di semua daerah dan agihan akan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti untuk pembahagian.

“Saya akan melancarkan program ini diperingkat negeri dan selepas itu diperingkat daerah pula jawatankuasa pelaksana akan mengagihkan bantuan bakul makanan tersebut,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah akan dilancarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

“Jika keadaan mengizinkan, kita akan mengadakan majlis pelancaran secara fizikal yang hanya dihadiri 50 orang dan jika tidak kita akan lancarkan secara maya.

“Pada tahun lalu kita juga mengadakan pelancaran secara maya yang dihadiri hampir 40 orang,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya