PICK : Pendaftaran Vaksin Terus Meningkat, Galak Lebih Ramai Untuk Terus Mendaftar

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 5,612 pendaftaran baharu penerima vaksin COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah menjadikan peratusan pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini sebanyak 34.3 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan itu mewakili jumlah kumulatif yang mendaftar seramai 944,992 orang.

“Daripada jumlah kumulatif itu, sebanyak 864,389 pendaftaran direkodkan melalui aplikasi MySejahtera; 80,303 melalui laman sesawang dan 300 pendaftaran melalui talian vaksinasi.

“Statistik vaksinasi yang sudah menerima vaksin bagi Fasa Pertama Dos Pertama pada hari ini adalah sebanyak 371 suntikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 64,488 orang,” katanya.

Masidi berkata, bagi Fasa Pertama Dos Kedua pula, sebanyak 38 suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,143 orang.

Katanya, bagi Fasa Kedua Dos Pertama PICK, sebanyak 7,915 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 359,633 orang.

“Manakala bagi Dos Kedua Fasa Kedua pula, sebanyaj 8,449suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 254,399 orang,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.