COVID-19: 239 Kes Baharu di Sabah, 2 Kematian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 239 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,850 kes dengan dua kematian dilaporkan iaitu dari Daerah Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 239 kes iaitu penurunan 59 kes berbanding 298 kes semalam (12 Julai 2021).

Katanya, punca mempengaruhi bilangan kes COVID-19 hari ini iaitu 102 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 59 kes adalah daripada Saringan Kluster, 34 kes adalah daripada Saringan Bergejala, 26 kes daripada Saringan Bersasar dan 18 kes adalah daripada Saringan Lain-lain kes.

Meskipun jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 241 menjadikan jumlah kumulatif 69,899 orang.

Namun seramai 2,109 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 415 orang di hospital, 1,652 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 42 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Manakala bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

“Bilangan jumlah daerah Zon Hijau telah berkurangan kepada dua daerah dan dengan jumlah catatan sebanyak 102 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

“Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,” tegas Masidi lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *