HomeIsu tempatanMAFI Kaji Cadangan Wujudkan OSQC

MAFI Kaji Cadangan Wujudkan OSQC

Read Time:1 Minute, 43 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang mengkaji cadangan bagi mewujudkan Pusat Kuarantin Setempat (OSQC) selaras dengan agenda sekuriti makanan negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, cadangan menubuhkan OSQC itu adalah rentetan risiko penyakit atau perosak yang dibawa bersama dagangan.

“OSQC yang memenuhi standard antarabangsa dikaji untuk dibangunkan di pintu masuk negara bagi memastikan setiap dagangan agromakanan melalui proses pemeriksaan dan kuarantin yang komprehensif sebelum diimport masuk atau dieksport keluar negara.

“Ketika ini negara tidak mempunyai satu pusat kuarantin setempat yang dilengkapi dengan teknologi-teknologi terkini di setiap pintu-pintu masuk bagi membolehkan pemeriksaan komprehensif dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas membuat serahan sumbangan bekalan makanan haiwan kepada lapan Jabatan dan Agensi berupa produk daging sejuk beku hasil rampasan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang telah dilucuthakkan yang membabitkan kes dari bulan Februari sehingga April 2021 di Pelabuhan Klang, hari ini.

Ronald berkata, secara umumnya, OSQC yang dicadangkan ini akan mempunyai lima fungsi iaitu pengesanan virus atau mikroorganisma, proses pembasmian kuman, pusat kuarantin, pensijilan kuarantin dan pencegahan aktiviti haram.

Katanya, selain daripada pembangunan infrastruktur dan fasiliti, projek ini juga akan melibatkan cadangan pembangunan sistem teknologi maklumat tersendiri untuk membantu proses ‘traceability’ dan automasi akan digunakan.

“Selain memperkukuhkan lagi kawalan biosekuriti dan keselamatan makanan negara, cadangan penubuhan OSQC ini juga akan menggalakkan perkembangan ekonomi dan perniagaan khususnya produk agromakanan dan e-dagang serta meningkatkan kebolehpasaran produk agromakanan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kenyataan itu turut menyatakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jun lalu bersetuju dengan cadangan tindakan pengukuhan dan pemantauan pengimportan daging susulan isu daging sejuk beku yang diimport secara tidak sah.

Ronald berkata, antara cadangan tindakan yang dipersetujui adalah pengukuhan pemantauan dan penguatkuasaan dalam mengatasi ketirisan membabitkan pengimportan daging, menambah baik kaedah pemantauan pengimportan dan transit produk daging.

“Prosedur operasi standard (SOP) diperkukuh, memperhalusi syarat-syarat transit bagi tujuan transit dan ‘transshipment’ serta melaksanakan kajian semula bagi memperkemaskan peruntukan akta dan peraturan sedia ada termasuk Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya