HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Tembok Kota Kinabalu Dominasi Peningkatan Kes Di Sabah

COVID-19 : Kluster Tembok Kota Kinabalu Dominasi Peningkatan Kes Di Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Saringan kluster dan kontak rapat terus mendominasi kepada peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah hari ini apabila merekodkan kes keseluruhan sebanyak 647 kes berbanding 326 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 287 kes dikesan hasil saringan kluster melibatkan 44.4 peratus kes pada hari ini manakala saringan kontak rapat sebanyak 220 kes (34 peratus).

“Bagi saringan bersasar pula, sebanyak 63 kes atau 9.7 peratus direkodkan; saringan bergejala (47 kes) dan lain-lain saringan (30 kes).

“Daerah Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi dengan jumlah kes baharu sebanyak 312 kes dimana Kluster Tembok Kota Kinabalu (Penjara Kepayan) menyumbang 204 kes,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, jumlah lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga meningkat dari 15 lokaliti kepada 16 lokaliti pada hari ini yang meliputi taman-taman, apartment dan kampung di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, dua daerah turut mencatatkan kes yang tinggi dalam kategori saringan kontak rapat iaitu Tawau (58 kes) dan Kota Kinabalu (48 kes).

“Dalam usaha menangani peningkatan kes di negeri Sabah, serta cuti perayaan dalam tempoh terdekat ini, masyarakat terutamanya di daerah Kota Kinabalu, Tawau, Kudat, Keningau, Sandakan, Sipitang dan Beaufort dinasihatkan untuk mematuhi larangan rentas daerah.

“Selain itu, masyarakat juga perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri (self-regulation) dengan terus mematuhi SOP dengan sentiasa mengamalkan 3W (wash, wear & warn) serta menjauhi 3C iaitu (crowded, confined & closed) agar penularan virus COVID-19 dapat dikekang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya