HomeUtamaCOVID-19: Penularan jangkitan Kluster Jambatan Liawan berpunca dari pergaulan golongan remaja di...

COVID-19: Penularan jangkitan Kluster Jambatan Liawan berpunca dari pergaulan golongan remaja di kampung

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Jambatan Liawan, Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau di daerah Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau.

Katanya, saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau.

Namun, pada 16 Julai 2021, 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan.

“Secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

“Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Walau bagaimanapun aktiviti siasatan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 19 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021 iaitu Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Kampung Tinusa 2, Sandakan, dua Lokaliti di Tawau melibatkan QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya