HomeUtamaKerajaan Sabah Pinda SOP Sambutan Aidiladha

Kerajaan Sabah Pinda SOP Sambutan Aidiladha

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meminda prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi aktiviti-aktiviti melibatkan sambutan Aidiladha.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antaranya adalah tidak membenarkan pelaksanaan majlis rumah terbuka, jamuan, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan.

“Bilangan jemaah di masjid-masjid, surau-surau  untuk solat sunat Aidiladha, solat jumaat dan solat fardu lima waktu adalah dikurangkan kepada 1/3 kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah yang mana lebih rendah.

“Selain itu, bilangan pengendali sembelihan binatang korban adalah dikurangkan kepada 15 orang sahaja,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, semua aktiviti perayaan Aidiladha di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.

Tambahnya, pindaan SOP ini adalah bersifat sementara sehingga kes-kes harian COVID-19 kembali stabil.

Pada hari ini, Sabah merekodkan 647 kes positif COVID-19 dimana peningkatan besar ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang sedang dilaksanakan sekarang ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk membendung penularan di komuniti.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya