HomeUtamaCOVID-19: Dua kluster baharu punca jangkitan dalam komuniti, 10 lokaliti PKPD

COVID-19: Dua kluster baharu punca jangkitan dalam komuniti, 10 lokaliti PKPD

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Pauh, Kinabatangan dan Kluster Angsana, Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Pauh, Kinabatangan adalah kluster dalam kategori komuniti dan berlaku di Kg Pauh Mukim Buang Sayang Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 21, pekerja ladang (penyabit) di sebuah ladang sawit persendirian.

Namun hasil saringan kemasukan ke ladang di Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran pada 12 Julai 2021 mendapati keputusan kes indeks positif COVID-19 RTK- Ag 100% dan telah dirujuk ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Aktiviti saringan kontak rapat kemudian mengesan 23 kes positif COVID-19 dalam kalangan kontak keluarga, sosial dan tanggungan.

Manakala, Kluster Angsana, Papar melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti di daerah Papar.

Kluster ini mula dikesan apabila pesakit buah pinggang, wanita, 66, yang menjalani rawatan di unit dialisis swasta di Jalan Lintas, Kepayan tiga kali seminggu, disahkan positif dalam saringan bergejala pada 10 Julai 2021.

Bagaimanapun, daripada 77 sampel yang diambil, 29 sampel dikesan positif COVID-19 termasuk tujuh kes baharu pada hari ini melibatkan kontak rapat di Kg Seberang Benoni, Kg Takis, Kg Surati dan Taman Aman Suria di Papar. Sementara, 48 sampel didapati negatif dan 19 sampel lagi sedang menunggu keputusan.

Aktiviti pengesanan kontak rapat, kawalan penularan penyakit, disinfeksi dan siasatan punca jangkitan kedua-dua kluster terbabit masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, 10 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 21 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2021 melibatkan Kampung Marau, Sipitang, Kampung Pituru Kinarut, Papar, Kampung Meruntum, Putatan, empat Lokaliti dalam daerah Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas Simpang 3, Api-Api Centre Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas dan Kampung Salut, Telipok, Kampung Kebawang, Sipitang, dua Lokaliti dalam daerah Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 dan Cybercity Fasa 2.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular