HomeUtamaHadapi Ujian Dengan Penuh Keinsafan & Kesabaran - Hajiji

Hadapi Ujian Dengan Penuh Keinsafan & Kesabaran – Hajiji

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan menyeru rakyat untuk bersama menghadapi pelbagai ujian yang dihadapi dengan penuh keinsafan dan kesabaran.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setiap ujian yang datang termasuk menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi impak cukup besar dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk rakyat di Sabah.

“Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua dan diri saya juga untuk tangani apa jua masalah yang berlaku dengan panduan iman dan akal yang waras.

“Tindakan yang membelakangkan agama akan hanya merugikan kita dan orang-orang yang kita sayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Munajat Arafah Kami Merinduimu #SabahBerdoa secara maya yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook UMS Official disini petang tadi.

Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata, keadaan sukar yang dialami kini menyebabkan lonjakan kes tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, saya melihat penganjuran program ini amat bertepatan dan kita dalam antara himpunan bulan mulia Zulhijjah di mana pada bulan ini umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menunaikan ibadah haji.

“#SabahBerdoa merupakan satu manifestasi kita sebagai umat Islam berdoa dan bermunajat, memohon perlindungan dari segala musibah selain memohon rahmat untuk kehidupan kita didunia dan akhirat,”katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kerajaan turut menyeru kepada rakyat untuk terus mematuhi setiap Prosedur Opreasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, hal ini bagi menggelakkan diri dan orang sekeliling dijangkiti COVID-19.

“Selain pematuhan SOP kita juga dalam usaha memberikan vaksin untuk setiap individu di Sabah. Semoga usaha kita dan doa yang kita panjatkan dapat menghindarkan kita daripada pandemik ini.

“Kepada para Jemaah Haji pula, ini merupakan tahun kedua mereka tidak dapat menunaikan ibadah haji kerana halangan kemudaratan. Saya berdoa agar memberikan mereka ganjaran pahala atas niat suci mereka dan dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular