HomeUtamaBekalan Vaksin COVID-19 Perlu Segera Dihantar Ke Sabah, Masih Ramai Belum Terima...

Bekalan Vaksin COVID-19 Perlu Segera Dihantar Ke Sabah, Masih Ramai Belum Terima Vaksin – Jafry

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah perlu segera dihantar bagi memastikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar selain tidak ketinggalan dalam usaha mencapai imunisasi kelompok di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, ia perlu dilaksanakan segera berikutan masih ramai rakyat di negeri ini belum menerima vaksin meskipun sudah lama mendaftar sebagai penerima sejak Februari lalu.

“Negeri ini menjadi satu-satunya negeri yang jauh ketinggalan dalam pemberian vaksin COVID-19 dibawah PICK berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

“Pengagihan bekalan vaksin juga perlu lebih adil dan seimbang dengan jumlah populasi penduduk Sabah yang layak untuk divaksin iaitu seramai 2,758,400 orang,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, proses vaksinasi perlu disegerakan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri menerusi pembukaan lebih banyak aktiviti termasuk sektor pelancongan.

“Kebergantungan ekonomi Sabah terhadap sektor pelancongan adalah tinggi. Namun untuk membuka semula sektor pelancongan, kita perlu mencapai sekurang kurangnya 60 peratus rakyat di Sabah berjaya divaksin.

“Sekiranya imuniti berkelompok mampu dicapai menjelang oktober depan, pastinya pelancongan domestik boleh membangun semula dengan pantas diikuti pembukaan sempadan negara sekaligus menerima kedatangan pelancong antarabangsa,” katanya.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat 17 Julai lalu, hanya 12.2 peratus atau 475,084 orang yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Sabah.

Sebelum ini, Sabah Media pernah melaporkan  negeri ini dijadual akan menerima lebih dua juta dos vaksin bagi memenuhi keperluan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Julai dan Ogos ini

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, penghantaran lebih banyak vaksin COVID-19 ke Sabah dijangka dilaksanakan pada akhir bulan ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata pihaknya masih menunggu kedatangan vaksin yang diperuntukkan ke negeri ini memandangkan keutamaan diberikan kepada negeri yang terjejas teruk akibat COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya