COVID-19: Majlis Kenduri punca Kluster Kg Pukak di Tuaran, 6 lokaliti dikenakan PKPD

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kg Pukak di Tuaran disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 3 Julai 2021 yang dihadiri oleh keluarga terdekat di kampung tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 7 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag 100% pada 9 Julai 2021.

Katanya, daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Saringan melibatkan kontak rapat dari Kg Pukak, Kg Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1.

Dalam perkembangan lain, enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 22 Julai 2021 hingga 4 Ogos 2021 iaitu empat lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kilang Papan Lusera, Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan University Utama Condominum Fasa 2, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang dan Kampung Air dan Kampung Bokara, Sandakan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *