Tun Juhar Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Surau Istana Negeri

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Surau Istana Negeri pagi disini pagi tadi.

Tun Juhar menunaikan solat sunat itu bersama kira-kira 20 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga serta warga istana bermula jam 9 pagi.

Solat diimankan Pegawai Agama Istana Negeri, Imbran Anggun manakala khutbah yang bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredhaan’ disampaikan oleh kakitangan, Kamarul Omar Baki.

Secara keseluruhan, solat tersebut dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Turut mengiringi Tun Juhar ialah Setiausaha Sulit, Abinan Asli, Timbalan Setiausaha Sulit, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir serta anakandanya yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Brigdier Al Hambra Juhar. /PENERANGAN.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.