HomeIsu tempatanIKHLAS untuk Malaysia Bantu Masyarakat Terkesan Pandemik COVID-19

IKHLAS untuk Malaysia Bantu Masyarakat Terkesan Pandemik COVID-19

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyumbangkan hampir 3,000 kotak makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara termasuk di Sabah.

BERNAS dalam satu kenyataan menyatakan, sumbangan itu dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi inisiatif ‘IKHLAS Untuk Malaysia’.

Bagi melancarkan misi ini, BERNAS telah memperuntukkan hampir 3,000 kotak makanan yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan lain-lain.

Anggota kerja BERNAS di seluruh negeri di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung telah mula mengedarkan bantuan makanan tersebut kepada masyarakat setempat secara berperingkat melalui 33 buah lokasi pusat operasi BERNAS.

IKHLAS untuk Malaysia merupakan sebahagian daripada pendekatan yang diambil syarikat dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di negara ini terus dipelihara.

Inisiatif ini diharap dapat meringgankan beban kumpulan masyarakat yang rata-ratanya terjejas punca pendapatan dan memerlukan sokongan bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh perlaksanaan ‘lokckdown’ di seluruh negara.

Selaku organisasi korporat yang bertanggungjawab bagi menjamin kestabilan bekalan beras dan sekuriti makanan negara, BERNAS turut melihat inisiatif ini sebagai salah satu peluang untuk syarikat menyumbang semula kepada masyarakat seiring dengan matlamat berkongsi kemakmuran bersama penduduk secara lebih inklusif.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular