Leka, tidak patuh SOP punca peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah – Masidi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah pada hari ini sebanyak 712 dan lapan kes kematian dilaporkan melibatkan tiga kes di Sandakan manakala Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat sebanyak 383 kes atau 53.8% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah.

Katanya, diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada iaitu 112 kes atau 15.7 % dan Saringan Bersasar sebanyak 88 kes atau 12.4%.

“Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya walaupun kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.

“Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai telah menjadi pembawa virus dan kemungkinan telah menjangkiti sahabat-sahabat mereka. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda,” jelas Masidi.

Masidi menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mematuhi semua SOP dan mengurangkan perjalanan keluar daripada rumah kecuali perlu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *