HomeIsu tempatanMasyarakat Prihatin Mampu Bantu Golongan Terkesan Akibat Pandemik COVID-19

Masyarakat Prihatin Mampu Bantu Golongan Terkesan Akibat Pandemik COVID-19

Read Time:57 Second

PUTATAN : Membudayakan masyarakat prihatin mampu membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, sikap prihatin dalam masyarakat akan dapat memelihara kesejahteraan rakyat terutamanya semasa kita menghadapi pandemik COVID-19.

“Hikmah disebalik pandemik ini adalah timbul semangat saling bantu membantu kita sesama masyarakat tanpa melihat latar belakang.

“Kita sama-sama sedar bahawa kita harus bantu membantu golongan terkesan agar kesejahteraan rakyat itu dapat kita sama-sama pelihara dan dapat membantu golongan yang amat terkesan,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika menyempurnakan acara agihan bakul makanan Program Kemasyarakatan inisiatif Persatuan Komuniti Taman Desa Seri Ketiau di Putatan pagi tadi.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat Sufian Matin dan Pengerusi Persatuan Komuniti Taman Desa Seri Ketiau Mohamad Al’freedo Mohd Yahya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap usaha dan semangat ini akan dapat terus subur dari masa ke semasa, tidak kira semasa pandemik atau pada masa-masa akan datang.

Untuk rekod, sumbangan bakul makanan itu adalah hasil sumbangan daripada komuniti penduduk Taman Desa Seri Ketiau untuk diagihkan kepada penerima di sekitar Daerah Putatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular