HomeUtamaBekas Pengarah Kesihatan Sabah Memilih Untuk Bersara Awal

Bekas Pengarah Kesihatan Sabah Memilih Untuk Bersara Awal

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Kesihatan Sabah, Christina Rundi memilih untuk bersara awal selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindah beliau ke ibu pejabat di Putrajaya.

Memetik laporan FMT menyatakan, seorang pegawai kerajaan negeri berkata, kerajaan Sabah sudah meminta Christina dikekalkan sehingga hujung tahun ini bagi memantau usaha menangani pandemik Covid-19 di negeri itu, namun permintaan itu tidak dilayan.

“Kami dimaklumkan Kementerian Kesihatan yang Christina sebahagian daripada proses pemindahan dan kenaikan pangkat yang sedang dilakukan dalam kementerian itu.

“Beliau dipindahkan untuk menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan kemudian dilantik ke jawatan lebih tinggi,” kata pegawai itu.

Beliau berkata, kerajaan Sabah berpandangan Christina perlu terus mengetuai Jabatan Kesihatan Negeri buat masa ini kerana beliau terbabit dalam merancang dan melaksanakan langkah untuk menangani pandemik Covid-19, termasuk program vaksinasi semasa.

Difahamkan, Christina sudah mengemukakan rayuan untuk menangguhkan pemindahannya sehingga hujung tahun ini atas alasan sama dan untuk menjaga ibunya yang tua.

Komuniti perubatan di Sabah terkejut dengan langkah pemindahan Christina, ahli epidemiologi yang mengetuai Jabatan Kesihatan Sabah sejak November 2012.

Doktor dalam sektor awam dan swasta berkata, pemindahan beliau di tengah-tengah pandemik tidak masuk akal dan langkah berkenaan boleh diterima sekiranya situasi kembali stabil, yang dijangkakan ramai pada akhir tahun ini.

Christina digantikan seorang lagi anak jati Sabah, Rose Nani Mudin, pakar kesihatan awam dalam bidang epidemiologi dan penyakit disebarkan vektor. – FMT

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya