HomeUtamaCOVID-19 : Petugas Kesihatan Di Sebuah Pusat Perubatan Cetus Kluster Tempat Kerja...

COVID-19 : Petugas Kesihatan Di Sebuah Pusat Perubatan Cetus Kluster Tempat Kerja Di Ranau

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan di daerah Ranau mencetuskan kluster baharu COVID-19 membabitkan jangkitan di tempat kerja di Sabah pada hari ini selain dua lagi kluster lain direkodkan di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks berusia yang 29 tahun itu bertugas di jabatan kecemasan pusat terbabit disahkan positif hasil saringan bergejala pada 18 Julai lalu.

“Kluster ini dikategorikan sebagai kluster golongan berisiko tinggi. Daripada 417 kontak rapat yang disaring, 14 kes positif COVID-19 dikesan termasuk tiga kes baharu hari ini.

“Jumlah itu merangkumi lapan kes di tempat kerja iaitu petugas kesihatan, sementara enam kes lagi merupakan kontak serumah masing-masing tiga kes di Kampung Lembah Permai dan Kampung Sokid Bundu Tuhan,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, punca jangkitan dan penularan wabak bagi kluster berkenaan masih dalam siasatan.

Katanya, bagi Kluster Gipan Kolombong Kota Kinabalu, ia melibatkan penularan jangkitan tempat kerja iaitu di sebuah premis membancuh simen dalam Daerah Kota Kinabalu.

“Kes indeks merupakan pengawal keselamatan, lelaki berusia 28 tahun dari Kampung Cenderakasih Inanam Metrotown dan mula bergejala sejak 19 Julai lalu. Kes indeks disahkan positif di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada 21 Julai dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.

“Daripada 67 sampel yang diambil di Kota Kinabalu, 37 sampel dikesan positif termasuk 27 kes baharu pada hari ini.  Sementara itu, 28 sampel didapati negatif dan dua masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Katanya, kluster ini turut merekodkan tiga lagi kes dengan kaitan epidemiologi dan didaftarkan di Daerah Tuaran.

“Setakat hari ini, 27 kes baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 40 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, satu lagi kluster melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Tinabau Kinabatangan merebak di sebuah ladang kelapa sawit.

Katanya, kes indeks merupakan penyelia pekerja ladang, lelaki berusia 49 tahun dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan, selepas disahkan positif melalui saringan tempat kerja di Klinik Swasta Permai, Kinabatangan pada 19 Julai.

“Aktiviti saringan kontak seterusnya mendapati, 25 lagi positif COVID-19 dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif setakat hari ini sebanyak 26 kes, termasuk 17 kes baharu. Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular