HomeUtamaCOVID-19: Aktiviti Pergaulan Cetus Kluster Membabitkan Penularan Dalam Komuniti

COVID-19: Aktiviti Pergaulan Cetus Kluster Membabitkan Penularan Dalam Komuniti

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Aktiviti pergaulan dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid serta ahli keluarga mencetuskan kluster baharu membabitkan  penularan jangkitan dikalangan komuniti iaitu Kluster Gerbang Kauran Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan seorang wanita berusia 47 tahun disahkan positif melalui saringan bergejala di Hospital Keningau pada 21 Julai.

“Kluster ini berlaku di Mukim Lingkudau dalam daerah Keningau.  Setakat hari ini, kluster ini merekodkan sembilan kes termasuk dua kes baharu.

“Selain kluster ini, dua lagi kluster lain membabitkan penularan jangkitan dalam komuniti turut direkodkan iaitu Kluster Jalan Tungku Lahad Datu dan Kluster Kampung Sogo-Sogo Tongod,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, bagi Kluster Jalan Tungku Lahad Datu, kes indeks merupakan wanita berusia 30 tahun yang disahkan positif COVID-19 ketika menjalani saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tungku pada 28 Jun.

Katanya, pengesanan secara aktif dan saringan terhadap kontak rapat mendapati 12 lagi kes positif.

“Daripada 233 sampel yang disaring, 35 sampel disahkan positif , 196 sampel didapati negatif saringan pertama manakala dua sampel masih menunggu keputusan.

“Setakat hari ini, empat kes baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35 kes positif COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, bagi Kluster Kampung Sogo-Sogo Tongod pula mula dikesan apabila kes indeks, lelaki berusia 32 tahun disahkan positif (RTK-Ag grading 100%) di Klinik Kesihatan Tongod pada 23 Julai lalu selepas bergejala sejak 18 Julai.

Katanya, kes indeks telah dimasukkan ke PKRC Sandakan untuk rawatan lanjut. Daripada 46 sampel yang diambil daripada kontak rapat, lapan kes baharu dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan kes.

“Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung yang berdekatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya