Menteri Bimbang Covid-19 Boleh Merebak Melalui Kentut Di Tempat Sempit

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

United Kingdom – Segelintir Menteri di United Kingdom (UK) secara peribadi menyuarakan kebimbangan bahawa Covid-19 boleh disebarkan melalui kentut, menurut satu dakwaan.

memetik laporan portal Mstar yang berdasarkan laporan Mirror, Mereka merujuk kepada bukti yang menunjukkan Covid-19 dapat disebarkan apabila seorang yang dijangkiti virus itu kentut di tempat sempit seperti tandas.

Ujian mendedahkan virus tersebut boleh berada dalam bentuk tersebut, meskipun bukti sains sama ada ‘angin keluar dari badan’ itu boleh menyebarkan Covid-19 belum dapat dipastikan.

Bercakap kepada Telegraph, seorang menteri yang tidak didedahkan namanya berkata, mereka membuat pembacaan dari sumber yang boleh dipercayai dari negara lain.

Mereka mendakwa terdapat bukti mengenai ‘hubungan berkaitan genomik antara dua individu di tandas di Australia’.

Menteri berkenaan memberitahu, terdapat dokumentasi mengenai kes-kes penyakit yang merebak melalui paip kumbahan ketika ‘lockdown’ di Hong Kong.

Saintis UK bagaimanapun belum mengesahkan dakwaan tersebut.

Seorang jurucakap kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, dia tidak menyedari dakwaan bahawa virus itu boleh tersebar menerusi angin yang keluar dari badan.

“Kita meneliti bukti saintifik terkini,” katanya. – Mirror

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *