itu antara persoalan peminat sukan yang tidak melihat negara Rusia di dalam temasya sukan Olimpik tahun ini yang kini sedang berlangsung di Tokyo, Jepun.
Tahukah anda bahawa atlit-atlit di Negara Rusia kini menggunakan gelaran ROC dalam saingan Tokyo Olimpik 2020 dan tidak dibenarkan menggunakan nama negara, bendera kebangsaan serta lagu kebangsaan mereka.
ROC merupakan singkatan kepada Russian Olympic Committee ataupun Jawatankuasa Olimpik Rusia. Ini disebabkan oleh Rusia telah dikenakan sekatan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) apabila Rusia didapati menjalankan program doping yang disokong oleh negara tersebut.
Disebabkan sekatan ini, Rusia telah dikenakan larangan bertanding di mana-mana kejohanan besar selama 2 tahun (pengurangan daripada 4 tahun pada tahun 2019 oleh Agensi Anti-Doping Dunia). Atlet Rusia dibenarkan untuk bertanding pada peringkat antarabangsa namun mereka perlu bertanding di bawah bendera yang neutral.
Bukan itu sahaja sekatan sukan olimpik, malah sekatan berkenaan turut membabitkan sukan paralimpik yang akan berlangsung selepas itu.
Oleh itu, Rusia dikenali sebagai ROC pada Tokyo Olimpik 2020 dan Beijing Olimpik Musim Sejuk 2022. Untuk bendera pula, negara tersebut menggunakan simbol ROC yang terdiri daripada obor Olimpik berjalur dengan warna putih, biru dan merah dan dibawahnya diisi dengan simbol 5 cincin Olimpik.
Sekiranya atlet Rusia memenangi pingat emas dalam kejohanan ini, lagu kebangsaan Rusia tidak akan dimainkan, sebaliknya muzik oleh komposer Pyotr Tchaikovsky dengan lagu Piano Concerto No. 1 akan dimainkan.
Mengenai pakaian uniform atlet pula, bendera Rusia tidak dibenarkan dipakai oleh mereka, namun warna bendera itu dibolehkan.
Sumber :- Odisi , independent