(Kemaskini) Zahid Hamidi,Timb Menteri Antara 35 Individu Yang Dilaporkan Positif Covid-19

Read Time:1 Minute, 18 Second

Putrajaya : Sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Memetik laporan Portal Utusan, Antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).

Bagaimanapun, Nik Abduh menafikan perkara ini. Dia memberitahu Harian Metro bahawa ada keraguan pada mulanya, namun akhirnya ujian calitan menunjukkan dia negatif.

Selain daripada Ahmad Zahid, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman juga dilaporkan turut positif dan memetik laporan Malaysiakini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin mengesahkan bahawa dia adalah salah seorang kontak rapat Mansor

Perkembangan ini suatu yang mengejutkan menjelang sehari pembukaan sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Pada masa sama, sumber portal berkenaan memaklumkan , terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

Sementara itu, laporan Utusan Malaysia turut menyatakan bahawa Timbalan Speaker Rashid Hasnon merupakan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, seorang pegawai dari pejabatnya menafikan bahawa Rashid menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Dia juga mengatakan bahawa Rashid dan semua pegawainya telah diuji negatif Covid-19.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa juga positif Covid-19, tetapi sumber yang dekat dengannya kemudian menafikan perkara ini.

Menteri itu dikuarantin pada 15 Julai setelah pegawai khasnya positif Covid-19.

Tidak jelas jumlah ahli parlimen lain yang diuji positif atau harus dikuarantin kerana kontak rapat.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.