HomeUtamaCOVID-19 : 100 Lokaliti Dikenakan PKPD, Hampir Keseluruhan Daerah Berada Dalam Zon...

COVID-19 : 100 Lokaliti Dikenakan PKPD, Hampir Keseluruhan Daerah Berada Dalam Zon Merah Di Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 100 lokaliti di seluruh Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 sehingga kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia membabitkan 20 daerah di negeri ini dengan daerah Kota Kinabalu merekodkan lokaliti terbanyak setakat ini.

“Daripada jumlah lokaliti PKPD yang aktif sehingga hari ini (28 Julai), Kota Kinabalu merekodkan jumlah terbanyak iaitu sebanyak 25 kawasan lokaliti dan diikuti daerah Sipitang sebanyak 16 kawasan lokaliti dikenakan PKPD.

“Bagi daerah Beaufort pula, sebanyak sembilan kawasan yang dikenakan PKPD aktif sehingga kini manakala Tawau pula mencatatkan jumlah sebanyak lapan kawasan,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, daerah Keningau dan Kudat masing-masing merekodkan kawasan PKPD aktif sebanyak tujuh kawasan diikuti Sandakan sebanyak enam lokaliti.

Katanya, daerah  Papar dan Penampang turut merekodkan jumlah kawasan dikenakan PKPD masing-masing sebanyak empat lokaliti.

“Kota Belud;Lahad Datu dan Tuaran merekodkan masing-masing dua lokaliti manakala selebihnya iaitu Beluran; Kinabatangan; Kota Marudu; Kuala Penyu; Kunak; Pitas; Putatan dan Tongod merekodkan satu lokaliti dikenakan PKPD setiap daerah,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, hampir keseluruhan kawasan di negeri Sabah berada dalam Zon Merah dan hanya dua zon sahaja yang berada dalam Zon Kuning.

Katanya, hanya daerah Tambunan dan Nabawan sahaja yang berada dalam Zon Kuning.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya