((VIDEO)) Demi Vaksin, Warga Sipitang Serbu Kompleks Sukan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:38 Second

SIPITANG : Ratusan penduduk dari beberapa buah kampung sekitar daerah ini membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Jalan Taman Negara Sipitang pagi tadi.

Difahamkan, kehadiran mereka adalah bagi membuat pendaftaran secara ‘walk-in’ untuk mendapatkan temujanji penerimaan vaksin yang akan ditentukan oleh pihak hospital daerah.

Walaubagaimanapun, menerusi beberapa video yang tular di media sosial sejak pagi tadi turut menyatakan penduduk yang hadir secara ‘walk-in’ akan terus diberikan vaksin COVID-19.

Sambutan yang diberikan penduduk di daerah ini khususnya di luar bandar terhadap kepentingan penerimaan vaksin dilihat amat menggalakkan.

Ini bermakna, keperluan vaksin bagi negeri Sabah amat diperlukan dan perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar.

Ia termasuk pemberian kepada penerima di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *