COVID-19: Sabah catat 913 kes positif tertinggi, 9 kes kematian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 amat tinggi pada hari ini iaitu 913 kes melibatkan lebih separuh daripada Saringan Kontak Rapat sebagai penyumbang kepada peningkatan jumlah kes, namun turut dilaporkan sembilan kes kematian iaitu Kota Kinabalu dan Sipitang mencatatkan tiga kes bagi setiap daerah manakala Kudat, Penampang dan Papar masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih separuh kumulatif kes harian 500 kes atau 54.82% daripada kes hari ini berpunca dari saringan kontak rapat di mana 138 kes daripadanya dikesan di daerah Kota Kinabalu.

“Kota Kinabalu sahaja mencatatkan (234) kes baharu termasuk 27 kes adalah daripada Penjara Kepayan, diikuti oleh Daerah Penampang dengan 101 kes, Tawau 73 kes, Beaufort 70 kes, Kalabakan 61 kes dan Tuaran 56 kes.

“Manakala, kluster sedia ada pula menambah 162 kes atau 17.8% manakala sarigan bergejala merekodkan 121 kes atau 13.25%,” katanya.

Sejumlah 77.9% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, Kategori 1, iaitu 321 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 389 kes sekadar mengalami simptom ringan (mild).

Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

Masidi menyimpulkan kenyataan hari ini, masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *