HomeUtamaBantuan Dari Arab Saudi Sudah Tiba Di Malaysia - Hishammuddin

Bantuan Dari Arab Saudi Sudah Tiba Di Malaysia – Hishammuddin

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kuala lumpur — Baru lima hari lalu Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi dua buah pesawat manakala sebuah lagi akan tiba hari ini.

Demikian kata Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

Tambahnya tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan berkenaan.

“InsyaAllah, tengahari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua”, katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

Baru-baru ini Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud telah menitahkan “King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action” supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan untuk membantu Malaysia menangani cabaran COVID-19.

Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud baru-baru ini.

Hishammuddin menyifatkan ia satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud dan dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini,”

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya