HomeUtamaPolis Buru Pemandu Alza Putih Rempuh Sjr Teluk Likas

Polis Buru Pemandu Alza Putih Rempuh Sjr Teluk Likas

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Seorang pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) pos kawalan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah semalam, kini sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, dalam kejadian 11.33 pagi itu siasatan awal mendapati kenderaan terbabit berhenti di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas.

Beliau berkata, kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran turut tular di media sosial.

Zaidi berkata, bagaimanapun ketika anggota bertugas cuba mendekati bagi tujuan pemeriksaan lanjut, pemandu kenderaan terbabit tiba-tiba mengundurkan kereta sehingga terlanggar Perodua Myvi di belakang.

“Pemandu kemudian bergerak ke depan dan melanggar penghadang jalan dan kawat berduri sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Laut. Dalam kejadian itu, semua petugas termasuk pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tambah beliau, usaha memburu kenderaan berkenaan sedang giat dijalankan dan pengesanan juga dilakukan melalui SJR Op Covid-19.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya