HomeUtama'Saya Mahu Jadikan Ini Sebagai Satu Sejarah Dalam Hidup'- Nency

‘Saya Mahu Jadikan Ini Sebagai Satu Sejarah Dalam Hidup’- Nency

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : “Memang saya sudah rancang untuk pakai baju tradisi kerana ini adalah sejarah bagi saya,” kata Nency James,30, yang menerima vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi.

Dia yang ditemani suaminya Thien Vui Chung,47, turut menerima vaksin di PPV berkenaan berasa gembira apabila menerima tarikh janji temu vaksinasi beberapa hari yang lalu selepas menunggu hampir empat bulan.

Katanya yang mula mendaftar bersama suami melalui aplikasi MySejahtera pada 2 Mac lalu mengakui berasa putus asa apabila tempoh menunggu tarikh vaksinasi itu agak lama.

“Dari mula saya daftar vaksin, saya memang rancang untuk pakai baju yang cantik dan boleh diingati sampai bila-bila kerana ini adalah sejarah hidup bagi saya yang menerima vaksin COVID-19.

Nency James ketika merakamkan gambar suaminya selepas menerima vaksin di PPV IPT-UMS – FOTO : ERDIE AB WAHID

“Ini juga merupakan baju kahwin saya empat tahun yang lalu dan hari ini suami turut menerima vaksin bersama saya,” katanya ketika ditemui Sabah Media di PPV IPT-UMS disini hari ini.

Nency yang mengenakan baju tradisi Kadazan Penampang itu berkata, dia kini berasa lebih selamat selepas menerima vaksinasi COVID-19 dan tidak berasa takut untuk hadir ke PPV berkenaan malah lebih teruja untuk hadir.

Terdahulu, Pengarah Hospital UMS Profesor Dr Helen Lasimbang meminta agar penerima vaksin yang telah menerima tarikh janji temu untuk hadir ke PPV bagi tujuan pemberian vaksin.

Katanya, berdasarkan rekod hanya sebanyak 75 peratus sahaja penerima yang hadir setiap hari manakala selebihnya tidak hadir untuk menerima vaksin.

“Justeru itu, saya meminta agar mereka yang sudah membuat pendaftaran di MySejahtera agar sentiasa membuat semakan tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, kami turut meminta agar penerima yang sudah menerima tarikh agar menepati masa agar tidak berlaku kesesakan di PPV dalam satu-satu masa, jika diberikan pada sebelah petang, maka penerima perlulah hadir pada sebelah petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular