HomeUtamaPPV IPT-UMS Telah Laksana 27,105 Suntikan Vaksin COVID-19

PPV IPT-UMS Telah Laksana 27,105 Suntikan Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 27,105 suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak mula beroperasi 14 Jun yang lalu.

Pengarah Hospital UMS Profesor Dr Helen Lasimbang berkata, jumlah suntikan itu adalah kumulatif dos vaksin yang diberikan sejak kapasiti semasa harian meningkat sehingga 3,000 dos sehari.

“Jumlah itu membabitkan pemberian vaksin dos pertama iaitu sebanyak 23,074 manakala selebihnya pula vaksin dos kedua sebanyak 4,031.  Ketika PPV ini mula dibuka, kami hanya memberikan 1,000 dos vaksin seminggu berikutan pada ketika itu bekalan vaksin di Sabah memang kurang.

“Pada awal bulan ini, Sabah mendapat lebih vaksin dan kita meningkatkan pemberian sehingga 1,400 dos sehari dan kapasiti pemberian terus meningkat sehingga 3,000 dos sehari dengan purata 15,000 dos seminggu,” katanya ketika ditemui Sabah Media di PPV IPT-UMS hari ini.

Dr Helen berkata, berikutan peningkatan jumlah kapasiti pemberian vaksin harian, pihaknya telah melaksanakan pelbagai pembaharuan agar proses pemberian vaksin berjalan lancar termasuk memastikan aliran trafik tidak mengalami kesesakan.

“Sebelum ini kita mengalami sedikit kesesakan berikutan penerima vaksin perlu mengimbas MySejahtera sebelum memasuki kawasan UMS namun ia telah berjaya diperbaiki dimana mereka hanya perlu mengimbas apabila tiba di kawasan PPV ini sahaja.

“Selain itu, bagi melancarkan pergerakan di PPV, saringan kesihatan sebelum pemberian vaksin tidak lagi dibuat agar perjalanan pemberian vaksin itu lancar namun sekiranya penerima mengalami alahan, kita akan memberi rawatan lanjut serta pemantauan selama 15 hingga 30 minit,”katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk sentiasa membuat semakan di aplikasi MySejahtera bagi mengetahui tarikh janji temu vaksinasi bagi memastikan negara mampu mencapai imuniti kelompok dengan cepat.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular