HomeUtamaCOVID-19 : Penguatkuasaan SOP & Kadar Pemberian Vaksin Kepada Penduduk Terus Ditingkatkan

COVID-19 : Penguatkuasaan SOP & Kadar Pemberian Vaksin Kepada Penduduk Terus Ditingkatkan

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui agensi-agensi penguatkuasaan akan terus meningkatkan lagi pemantauan bagi memastikan prosedur standard operasi (SOP) dipatuhi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan juga akan terus meningkatkan keupayaan pemberian vaksinasi kepada penduduk pada kadar lebih cepat.

“Pada hari ini, Sabah masih melepasi empat digit angka kes positif iaitu sebanyak 1035 kes iaitu penurunan sebanyak 31 kes berbanding 1066 kes yang dicatatkan semalam.

“Kota Kinabalu mencatat bilangan tertinggi iaitu 212 kes diikuti oleh Tawau dengan 139 kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, daerah-daerah lain yang merekodkan kes melebihi 30 kes ialah Sipitang (33 kes), Kinabatangan (33 kes), Beluran (35 kes), Papar (42 kes), Beaufort (45 kes), Keningau (49 kes), Sandakan (52 kes), Penampang (67 kes), Kota Marudu (70 kes), Telupid (71 kes) dan Tuaran (72 kes).

Katanya, saringan kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi iaitu 48.02 peratus atau 497 kes daripada jumlah kes keseluruhan pada hari ini.

“Saringan kluster menyumbang kepada 18.45 peratus atau 191 kes. Saringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini iaitu 251 kes atau 24.02 peratus daripada kumulatif harian.

“Ini satu petanda jelas bahawa virus COVID-19 sudah pun berada dalam komuniti dan jangkitan berlaku secara sporadik (tidak tahu siapa yang menjangkiti atau bagaimana boleh terjangkit),” katanya.

Katanya, sejumlah 115 kes hari ini merupakan OKT/Tahanan Kesalahan Imigresen, empat  kes banduan daripada Penjara Kota Kinabalu dan 111 kes daripada Depot Tahanan Imigresen Tawau (dimasukkan dalam kategori Saringan Bergejala).

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya