Pasangan Beregu Aaron Chia- Soh Wooi Yik Berjaya Raih Gangsa Di Olimpik Tokyo

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.

Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.

Ini kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga beregu nombor satu dunia dalam temasya Olimpik kali ini selepas pertemuan di peringkat suku akhir Khamis lalu dan ini juga merupakan pingat pertama yang berjaya diraih Malaysia selepas 9 hari kejohanan Olimpik Tokyo ini bermula.

Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir semalam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *