Varian Delta Dikesan Di Parlimen ? Ini Kenyataan KP Kesihatan Malam ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Lumpur : KKM ingin memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menerima 4 sampel RT PCR kes positif COVID-19 hasil daripada saringan yang dijalankan di Parlimen untuk analisis jujukan genom penuh (whole genomic sequencing) kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya hasil Sampel-sampel yang telah dianalisa melalui PCR Genotyping Assay mengesahkan 4 sampel menunjukkan kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenalpasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.

Menurut Dr Noor Hisham lagi berdasarkan variant of concern (VOC) yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah varian Delta katanya melalui satu kenyataan malam ini.

Menurutnya lagi kajian klinikal di luar negara dan WHO telah melaporkan bahawa kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC). Penjujukan genom penuh (whole genomic sequencing) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya.

Semalam Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan sidang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pada Isnin 2 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Mengikut kandungan surat itu, pemakluman itu dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang sudah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.

“KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia adalah lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, saya diarahkan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Rashid Hasnon (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) untuk mengemukakan pemberitahu ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin, 2 Ogos 2021,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *