HomeUtamaTakiyudin Dilaporkan Jalani Pembedahan Jantung

Takiyudin Dilaporkan Jalani Pembedahan Jantung

Read Time:45 Second

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Portal Utusan Malaysia, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

Turut dilaporkan, beliau telah masuk ke sebuah hospital di Lembah Klang iaitu Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan dengan Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama 3 jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok,” katanya.

Minggu lalu, Takiyuddin diasak pembangkang berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat yang dijelaskan pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos.

Tambah beliau, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya