HomeIsu tempatanWanita parah dihempap pagar besi rumah

Wanita parah dihempap pagar besi rumah

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Indonesia mengalami cedera parah selepas dihempap pagar besi rumah di Taman Luyang, dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

“kejadian berlaku apabila sebuah kereta proton saga dipercayai hilang kawalan dan melanggar pagar besi rumah lalu menghempap wanita tersebut,” Katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diketuai Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Mizan Minin bersama dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian.

Setiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat bertindak pantas mengalihkan pagar yang menghempap wanita tersebut.

Walaubagaimanapun, wanita berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan parah dan mendapat rawatan awal dari pasukan ERMS sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular