HomeIsu tempatanAPMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok

Read Time:1 Minute, 28 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok di perairan Pulau Sisipan disini sekitar jam 10.15 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Norrimi Hassan berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang dalam penugasan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan diperairan berkenaan.

“Ketika dihampiri bagi tujuan pemeriksaan, tekong bot berkenaan bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang kea rah hutan bakau berdekatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati terdapat tiga bungkusan kota besar berisi rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM15,290.00,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Norrimi berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Katanya, berdasarkan barang yang dirampas, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan serta menjejak suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan rokok di Semporna.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot beserta enjin dianggarkan bernilai RM21,790.00 dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 bagi kesalahan penyeludupan rokok.

“Individu yang didapati bersalah boleh dikenakana denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM5,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaunb duti kastam atau RM100 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Norrimi berkata, pihaknya juga akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hotspot’ khususnya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke Sabah melalui jalan laut.

Katanya, pihaknya juga menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular