Tahanan terakhir berjaya diberkas semula, kontak rapat digesa buat ujian calitan COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

PENAMPANG: Polis Penampang berjaya menangkap tahanan terakhir yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 yang lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dan mengesahkan tahanan tersebut telah berjaya diberkas hasil dari maklumat awam dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di Kilometer 3, Jalan Papar pada jam 2.20 petang semalam (Isnin).

Mohd Rahman Basir, 24, disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah tahanan terakhir yang berjaya diberkas semula semenjak gerakan mengesan keempat-empat tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang yang lalu.

Mohd Haris berkata, pihak IPD Penampang mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan semua yang terlibat membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu.

Katanya, sehubungan dengan itu, orang ramai yang yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu keempat-empat tahanan tersebut semasa mereka meloloskan diri digesa supaya tampil ke klinik berdekatan untuk membuat ujian calitan COVID-19 untuk mengelak wujud kluster baharu dalam komuniti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *