Pesuruhjaya Polis Sabah Antara 64 Pegawai Kanan Terlibat Pertukaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah Komisioner Polis (CP) Datuk Hazani Ghazali antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan terlibat dalam pertukaran berkuatkuasa 6 September depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PDRM mengumumkan pertukaran pegawai kanan polis seluruh negara itu melibatkan di peringkat daerah, negeri dan Jabatan Bukit Aman.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Skandaguru Anandan dalam kenyataan itu berkata, Datuk Hazani akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Katanya, kekosongan tempatnya akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.

“Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Datuk Dev Kumar pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah di jabatan yang sama dengan memangku pangkat komisioner polis dan tempat beliau akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

“Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk Muhamad Zaki Harun akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat yang sama.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Shukri Kaman pula kembali ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan dengan memangku pangkat SAC dan tempat beliau akan digantikan Asisten Komisioner Azlan Abu yang kini bertugas sebagai Pengarah Keselamatan (Gred KP52), Universiti Putra Malaysia,” kata Skandaguru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.

Tempat beliau digantikan oleh Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya yang kini merupakan Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh pula akan bertukar ke negeri Sarawak sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dengan memangku pangkat SAC menggantikan SAC Datuk Muhammed Hasbullah Ali.

Muhammad Hasbullah telah dinaikkan kedudukan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah JSJ Komersial dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Vijaya Rao Samachulu akan menggantikan Nurulhuda sebagai Ketua Polis daerah Klang Utara dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *